SELAMAT DATANG KE BLOG INI

PIHAK KAMI MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA PENGUNJUNG YANG SUDI SINGGAH DI BLOG INI.
BLOG PERBADANAN PENGURUSAN TAMAN SEJAHTERA FLATS MANEGEMENT SERVICES,
BANYAK INFO YANG KAMI PAPARKAN UNTUK TATAPAN ANDA KHAS NYA BUAT PEMILIK DAN PENGHUNI RUMAH DI KAWASAN FLATS TAMAN SEJAHTERA INI.
HUBUNGI SAYA UNTUK KETERANGAN LANJUT
03-62519070 emranhas

Jumaat, 1 April 2011

KOLEKSI BERITA DAN MASAALAH PENUBUHAN JMB (FIKIR FIKIRKANLAH)

Penduduk tidak jelas tunggakan, mesyuarat ditangguh 23 Mac
15/03/2008 Utusan Malaysia

AMPANG Hasrat penduduk Pangsapuri Riveria 2, di sini, untuk menubuhkan Badan Pengurusan Bersama (JMB) tidak kesampaian apabila kebanyakan daripada mereka masih belum menjelaskan tunggakan sehingga 31 Januari lalu.

Antara syarat yang membolehkan penduduk menjadi jawatankuasa dalam JMB ialah mereka perlu menjelaskan semua tunggakan yang ada.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee, berkata, masalah tersebut timbul kerana penduduk tidak mendapat maklumat yang tepat tentang syarat-syarat yang diperlukan bagi membolehkan mereka menubuhkan JMB.

"Penduduk juga ada menyuarakan masalah tentang tidak puas hati dengan pemaju yang tidak menjalankan perkhidmatan dengan baik.

"Namun, untuk mengelakkan pertelingkahan yang lebih buruk berlaku, saya telah meminta supaya pemaju melanjutkan tarikh mesyuarat penubuhan JMB kepada satu tarikh yang sesuai, sehingga penduduk menjelaskan tunggakan mereka," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Jenice juga telah meminta penduduk supaya menjelaskan tunggakan yang ada supaya mereka layak menjadi jawatankuasa dalam JMB.

Menurut beliau, JMB iaitu satu badan yang terdiri daripada pembeli dan pemaju yang bertanggungjawab untuk menyelenggara dan menguruskan harta bersama.

"JMB akan diberi kuasa untuk membuat apa sahaja keputusan berkaitan pengurusan bangunan dan adalah penting untuk penduduk yang membuat keputusan itu sendiri berbanding melantik syarikat lain.

"Saya berharap penduduk dan pemaju akan sepakat dalam membuat keputusan untuk kebaikan kedua-dua belah pihak," katanya.

Jenice memberitahu tarikh untuk mengadakan mesyuarat penubuhan JMB telah ditetapkan pada 23 Mac ini.
 DIPETIK DARI NATIONAL HOUSE BUYERS ASSOCIATION

Tiada ulasan:

Catat Ulasan